Saturday, February 5, 2011

Buang Tahi Lalat Hidup

Tahi lalat merupakan tanda pada badan. Ada tahi lalat biasa dan ada tahi lalat hidup. Tahi lalat hidup ni seperti lebihan daging pada bahagian-bahagian badan termasuklah di bahagian muka. Ada orang manis kalau ada tahi lalat di muka, lebih-lebih lagi kalau tahi lalat tersebut berada di kedudukan strategik. Manis macam Seniwati Sharifah Aini. Tapi kalau tempatnya tak strategik, tahi lalat hidupnya terlalu besar, ini agak menganggu, bila orang bercakap dengan kita je, mereka akan fokus pada tahi lalat hidup tu, lebih-lebih lagi kalau tahi lalat hidup yang besar semacam. Tak selesa la pulak. Macam aku, ada satu tahi lalat hidup tumbuh kat atas kelopak mata, tak selesa sungguh, anak-anak sepupu aku yang kecik-kecik ni pulak suka duk penyek-penyek, nak terkeluar bijik mata. So hari ini aku nak kongsikan satu petua mujarab. Pada aku mujarab la sebab petua ni memang menjadi kat aku, so kalau korang nak cuba boleh je, modal pun tak la besar mana.

Bahan-bahan untuk buang tahi lalat hidup ni, pertama ialah sabun debu atau sabun serbuk. Macam aku, aku pakai sabun Breeze.

Bahan ke-dua pulak adalah kapur, bukan kapur yang buat menulis tu, kapur sirih pun boleh, kapur makan biasa tu pun boleh. (Sebenarnya aku pun tak tau apa beza kapur sirih atau kapur makan).
Dah ada dua bahan ni, campurkan kapur dengan sabun debu tadi, agak-agak sama banyak je, gaul macam bedak sejuk. Lepas tu ambik putik kapas, sapukan hanya atas tahi lalat hidup itu sahaja. Aku bold kan perkataan tu sebagai amaran. Kalau silap, boleh berkudis. Lepas je sapu, biarkan kering. Sementara menunggu kering tu, korang akan merasa sangat pedih. Tapi kena tahanla, sebab kesannya kekal. Lepas je ia kering, tahi lalat hidup korang akan kebas, korang boleh kutis atau hiris dengan pisau kecik sedikit demi sedikit, jangan buang banyak terus, hiris sedikit demi sedikit. Lepas tu cumur lagi bahan tadi sampai la tahi lalat tu tertanggal. Aku berjaya membuang tahi lalat hidup aku dengan petua ni, tak perlu nak ke pusat kecantikan dan bayar untuk buang tahi lalat, pakai kapur dengan sabun je. Selamat mencuba.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More